Ingin MENAMBAH PENDAPATAN dengan menajdi MUTAWWIF ? Jika YA, kami boleh membantu.
Sebagai pengenalan, AKADEMI MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY (AMTC) adalah pelopor program latihan mutawwif dan kursus-kursus berkaitan industri perkhidmatan umrah dan haji.
Antara kursus-kursus yang ditawarkan oleh AMTC adalah seperti Kursus Perunding Umrah dan Latihan, Kursus Sijil Asas Mutawwif, Kursus Speaker Bertauliah , Kursus Asas Pertolongan Cemas & CPR dan beberapa kursus lagi yang boleh diikuti oleh mereka yang berminat bagi memperlengkapkan diri untuk turut serta melibatkan diri dalam sektor perkhidmatan yang berkaitan umrah dan haji.
Selain menawarkan kursus-kursus seperti yang disebutkan tadi, AMTC juga membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk MENAMBAH PENDAPATAN dengan menjadi wakil bagi memasarkan produk-produk atau perkhidmatan AMTC ini.
Wakil-wakil ini di klasifikasikan dalam 2 kategori iaitu :
1 . Training Centre Daerah (TCD) Berfungsi sebagai cawangan AMTC diseluruh Malaysia
2 . Usahawan Mutawwif Professional (UMP) Berfungsi sebagai agen perseorangan bagi memasarkan perkhidmatan AMTC
Melalui penyertaan sebagai TCD dan juga UMP, mereka memperoleh ruang menyertai kursus-kursus AMTC selain menjadi wakil dan rakan niaga kepada AMTC.
Berminat?
Bagi mengenali dengan lebih dekat kursus-kursus yang dianjurkan oleh AMTC , mereka yang berminat khasnya yang berada di Klang dan kawasan – kawasan sekitarnya bolehlah menghubungi pihak TCD Klang untuk sebarang info lanjut.
012-675 3757 En. Helmi Za’ba Pengurus TCD Klang
11-1 , Jalan Klang Sentral 10/KU5 Taman Klang Sentral , 41050 , Klang , Selangor